Tujuan hidup

Apakah tujuan hidup ini sebenarnya?

Allah swt telah berfirman bahawa: Tidak aku jadikan manusia dan jin itu melainkan untuk beribadat kepada Ku.

Tujuan hidup kita sebenarnya adalah untuk melakukan apa sahaja perkara asal saja perkara itu tidak bertentangan dengan kehendak Allah. Iaitu melaksanakan perintahNya dan meninggalkan laranganNya.

Anda bercita2 mendapat pangkat dan kedudukan yang tinggi didunia atau pangkat anda tidak tinggi tapi wang yang ada banyak dan cukup atau melebihi untuk anda dan keluarga atau hidup kekal abadi di dalam syurga yang ni'matnya tidak pernah
dilihat oleh mata dan tidak pernah di dengar oleh telinga dan hidup kekal terus dengan ni'mat yang diberikan Allah 100%.

Justeru itu, apa yang jelas ialah cita2 yang pertama dan kedua inilah yang direbut2 oleh kebanyakan manusia termasuklah orang Islam sendiri. Sedangkan saham atau tindakan mereka untuk menempatkan diri mereka ke dalam syurga begitu diremehkan atau ala kadar sahaja. Adakalanya mereka tidak mengindahkan langsung, menentang atau membenci terhadap usaha2 ke arah jalan untuk menegak Islam di bumi ini.

Sedangkan syarat untuk mendapat kedudukan kita kekal di syurga itu adalah dengan bersama menegak atau memakmurkan agama Allah itu.

Inilah yang dikatakan manusia ditipu oleh syaitan dan iblis sebagaimana permintaannya kepada Allah,supaya memberi ia tempoh untuk menyesatkan anak cucu Adam.

Dan mereka yang benar2 sedar tentang perkara prinsip ini atau ingat dalam erti sebenar tujuan hidup ini adalah sangat sedikit.

Semoga kita sama-sama menginsaf diri kita sebelum terlewat, kerana syurga yang dijanjikan Allah itu sangat-sangat mahal dan sedangkan iblis dan syaitan pula setiap saat menghasut hati2 kita supaya lalai dalam mengerjakan amal-amal yang soleh dan sibukkan diri untuk mengejar habuan dunia yang jangka pendek ini.

Ditakdirkan tengah2 kita mengumpul2kan harta dan kedudukan, ajal pun sampai, pada masa itulah nanti kita akan berkata, alangkah baiknya aku sempat mendermakan sebahagian besar harta ku untuk akhiratku, alangkah baiknya dulu aku sempat belajar ilmu akhirat dengan sepenuhnya. Di sinilah penyesalan yang tidak berguna lagi, kerana tuhan tidak akan mengembalikan kita ke dunia lagi, setakat mana
yang kita buat untuk amal akhirat itulah yang akan dibawa.

Penaja Program Pembentukan Muslim Sejati


Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Kami mengucapkan Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Sajian d-Hidang. Kami menyediakan perkhidmatan katering untuk lebih 30 jenis majlis. Anda pasti akan berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami sediakan.
Ramai telah mencuba, anda bila lagi?

-Mashadi Bin Selamat-

(Pengarah Urusan Sajian d-Hidang)



::Telefon::

Tel. Pejabat 03-55108776/9776
En. Mashadi 019-2317733
Pn. Marsidah 019-2727733
Pn. Rohani 019-3328484

::Faksimili::
03-55114016

::Alamat::

Lot 9-2, 2nd Floor, Shah Alam Umno Trade Center, Persiaran Damai, Section 11, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
::Email::

sajian_dhidang@yahoo.com.my



 
Laman Utama | MyGaleri | Muat Turun | Hubungi kami

Copyright © 2010 BISKORA |Designed by biskora

Firman Allah s.w.t

"Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya dengan taat dan amal soleh, Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan Nama Tuhannya serta mengerjakan solat. Tetapi kebanyakan kamu utamakan kehidupan dunia, padahal kehidupan Akhirat lebih baik dan lebih kekal." - (Al-A`laa 14 - 17)