Sanak saudara dan rakan-rakannya terkejut setelah melihat mayat pemuda ini.
Pemuda ini kelihatan berubah sepenuhnya dalam tempoh hanya selepas tiga jam dikebumikan.
Kulitnya bertukar menjadi kelabu seperti orang yang sangat tua,
beserta beberapa kesan penderaan dan pukulan,
dengan tulang-tulang tangan dan kaki yang telah patah,
tulang-tulang rusuknya pecah dan menekan ke arah dalam badannya.
Keseluruhan tubuh dan mukanya telah cedera.
Matanya yang terbuka menggambarkan ketakutan dan kesakitan yang amat sangat.
Kesan-kesan darah pada mayatnya menunjukkan seolah-olah beliau baru menjalani beberapa siksaan.
Setelah merujuk mayat pemuda itu kepada beberapa orang saintis Islam, mereka bersetuju bahawa kaitan yang terdekat tentang kejadian ini adalah tentang siksaan kubur yang dijanjikan oleh Allah swt yang telah diingatkan melalui hadis-hadis Rasulullah saw.
Bapanya yang juga terkejut dengan kejadian itu mengakui bahawa anaknya berakhlak buruk, meninggalkan solat, menjalani kehidupan sosial yang bebas dan melakukan pelbagai jenis dosa.
Setiap manusia yang mati pasti akan menjalani soal jawab di dalam kubur kecuali mereka yang Syahid pada jalan Allah swt seperti terkorban ketika menegakkan agama Islam. Ini merupakan ujian awal yang akan dilalui oleh setiap manusia sebelum Hari Kiamat.
0 comments:
Post a Comment